Skip to main content

Logo

Rasional Logo

Rasional Logo

ANGKA 30 menjelaskan genap 30 tahun UTHM ditubuhkan sebagai peneraju rangkaian universiti teknikal malaysia (MTUN) serta komited meneruskan usaha menjayakan visi menjadi universiti teknikal bertaraf global dalam teknologi lestari dan pengangkutan, ke arah universiti teknousahawan menjelang tahun 2030.

Tahun 1993-2023 garis masa tertubuhnya UTHM.

  • UTHM EDU-TRAIN

Membangunkan graduan kompeten, profesional dan berdaya usahawan

  • UTHM TEKNOUSAHAWAN

Menyediakan ekosistem pembangunan teknousahawan

  • UTHM PRIHATIN

Menjalankan tanggungjawab sosial kepada komuniti dan alam sekitar

  • UTHM GOVERNAN

Mengamalkan tadbir urus cekap dan budaya kerja berprestasi tinggi

“Amanah, Profesional, Inovatif” nilai bersama untuk seluruh warga UTHM agar melaksanakan tanggungjawab secara profesional, berteraskan paradigma tauhid dengan penambahbaikan berterusan untuk kecemerlangan UTHM

Panduan penggunaan logo sambutan/iringan

Penggunaan logo sambutan/iringan merupakan sebahagian daripada usaha penjenamaan universiti. Sehubungan itu, logo sambutan/iringan ini hendaklah digunakan bersama logo rasmi UTHM, di setiap gegantung, kain rentang, tirai latar atau bahan promosi yang lain sepanjang tahun sambutan.

Berikut adalah garis panduan penggunaan logo sambutan/iringan di mana logo UTHM diletakkan di sebelah kiri dan sambutan/iringan di sebelah kanan.

contoh logo rasmi UTHM bersama logo sambutan/iringan

  • Logo sambutan/iringan TIDAK BOLEH digunakan tanpa logo UTHM.
  • Logo sambutan/iringan hendaklah hanya dicetak melalui hasil seni (artwork) yang dimuat turun dari portal rasmi UTHM.
  • Logo sambutan/iringan tidak boleh dilukis semula dalam apa-apa cara sekalipun.
  • Manipulasi pada mana-mana bahagian adalah tidak dibenarkan.
  • Logo sambutan/iringan untuk tujuan komersil adalah tidak dibenarkan.