Pendakian selama hampir 24 jam itu diakhiri dengan pengibaran bendera universiti sempena sambutan 30 tahun UTHM serta pengibaran bendera Johor dan Malaysia bersempena sambutan Hari Malaysia.
Menurut Pengarah Program Wanita Kinabalu, Ts. Dr. Nur Kamilah Yusuf walaupun ada waktunya mereka terpaksa meredah hujan, namun berkat semangat juang para pendaki, mereka akhirnya berjaya menawan Gunung Kinabalu.
Tambah beliau, program dengan kerjasama Kelab Staf UTHM yang diadakan sempena sambutan 30 tahun UTHM itu bertujuan membudayakan hidup sihat dalam kalangan wanita berkerjaya yang berumur antara 20 hingga 50-an.